@loveselawat KOPI DAN SUFI Di Timur Tengah pada masa dahulu, adanya Ahli-Ahli SUFI yang begitu akrab dengan KOPI. Mereka amat-amat memerlukan minuman ini untuk kegiatan-kegiatan Amalannya. Fungsinya adalah "Agar dapat berjaga malam" dan "Agar sentiasa bertenaga" untuk melakukan Wirid-Wirid ataupun Zikir-Zikir yang panjang. Nama asal KOPI itu dikatakan berasal daripada Bahasa Arab, iaitu "GAHWAH" yang bererti "KUAT". Pedagang-pedagang Eropah pula memanggil minuman orang ISLAM itu adalah sebagai "KAHVEH" menurut sebutan Turki Uthmaniyyah. Setelah KOPI tiba di Belanda, maka ianya disebutkan sebagai "COFFEE". Manakala perkataan "KOPI" pula disebutkan oleh Bangsa Nusantara... Di Al-Jazair, KOPI itu kadang-kadangnya disebutkan sebagai "SYAZILIYAH". Ianya adalah sebagai satu Penghormatan untuk PARA WALI SUFI daripada TAREKAT SYAZILIYAH yang Mencintai KOPI. Ada satu cerita yang masyhur terdahulu, bahawa Pendiri TAREKAT ini iaitu Shaikh Abul Hasan Asy-Syazili enggan mengangkat Muridnya yang belum mempunyai pekerjaan. Maka, pada ketika itu KOPI telah dipandang sebagai pendorong Muridnya untuk bekerja. Di Yaman pula, Ratib Ya Qawiy diamalkan dengan menjadikan minuman KOPI sebagai peneman. Ratib Khusus diperkenalkan dengan tetapan ulangan sebanyak 116 kali untuk memohon kekuatan Beribadah. Didalam acara-acara keramaian sepertinya majlis-majlis Ilmu dan majlis Berselawat, Para Ahli TAREKAT selalunya akan menghidangkan KOPI sambil menikmati dendangan Qasidah. Pedagang-pedagang Muslim telah bertanggungjawab untuk membawa Biji KOPI sebagai barang dagangan mewah ke serata Parsi, Afrika Utara dan Turki Uthmaniyyah. Para SUFI pada awalnya hanyalah memperkenalkan cara rebusannya sahaja, namun orang-orang Parsi telah menemukan cara untuk memanggang biji KOPI itu bagi menghasilkan Aromanya. Inovasi itu telahpun membuatkan KOPI semakin popular untuk diperdagangkan. Lama-kelamaan, ratusan KAHVEH-KAHVEH (Rumah KOPI) telahpun dibuka daripada Istanbul sehinggalah ke Gelilea yang dihiasi dengan budaya-budaya KESUFIAN dan menghidupkan gaya hidup yang baru. . #coffeelover #penggemarkopi #kopilover #ceocofffee #shuanghor #kopi #serbukkopi #kopiasli #kopiharum #kopiwangi #jomminum #mariminum #minum #minumpagi #zikir ♬ original sound - LoveSelawat



KOPI DAN SUFI 


Di Timur Tengah pada masa dahulu, adanya Ahli-Ahli SUFI yang begitu akrab dengan KOPI. Mereka amat-amat memerlukan minuman ini untuk kegiatan-kegiatan amalannya. 

Fungsinya adalah "Agar dapat berjaga malam" dan "Agar sentiasa bertenaga" untuk melakukan Wirid-Wirid ataupun Zikir-Zikir yang panjang. 

Nama asal KOPI itu dikatakan berasal daripada Bahasa Arab, iaitu "GAHWAH" yang bererti "KUAT". Pedagang-pedagang Eropah pula memanggil minuman orang ISLAM itu adalah sebagai "KAHVEH" menurut sebutan Turki Uthmaniyyah. Setelah KOPI tiba di Belanda, maka ianya disebutkan sebagai "COFFEE". 

Manakala perkataan "KOPI" pula disebutkan oleh Bangsa Nusantara... Di Al-Jazair, KOPI itu kadang-kadangnya disebutkan sebagai "SYAZILIYAH". Ianya adalah sebagai satu Penghormatan untuk PARA WALI SUFI daripada TAREKAT SYAZILIYAH yang Mencintai KOPI. 

Ada satu cerita yang masyhur terdahulu, bahawa Pendiri TAREKAT ini iaitu Shaikh Abul Hasan Asy-Syazili enggan mengangkat Muridnya yang belum mempunyai pekerjaan. 

Maka, pada ketika itu KOPI telah dipandang sebagai pendorong Muridnya untuk bekerja. 

Di Yaman pula, Ratib Ya Qawiy diamalkan dengan menjadikan minuman KOPI sebagai peneman. 

Ratib Khusus diperkenalkan dengan tetapan ulangan sebanyak 116 kali untuk memohon kekuatan Beribadah. 

Didalam acara-acara keramaian sepertinya majlis-majlis Ilmu dan majlis Berselawat, Para Ahli TAREKAT selalunya akan menghidangkan KOPI sambil menikmati dendangan Qasidah. 

Pedagang-pedagang Muslim telah bertanggungjawab untuk membawa Biji KOPI sebagai barang dagangan mewah ke serata Parsi, Afrika Utara dan Turki Uthmaniyyah. 

Para SUFI pada awalnya hanyalah memperkenalkan cara rebusannya sahaja, namun orang-orang Parsi telah menemukan cara untuk memanggang biji KOPI itu bagi menghasilkan Aromanya. 

Inovasi itu telahpun membuatkan KOPI semakin popular untuk diperdagangkan. 

Lama-kelamaan, ratusan KAHVEH-KAHVEH (Rumah KOPI) telahpun dibuka daripada Istanbul sehinggalah ke Gelilea yang dihiasi dengan budaya-budaya KESUFIAN dan menghidupkan gaya hidup yang baru.